EMPAT anggota tentera dan lima penyerang terbunuh dalam serangan Al-Qaeda di pangkalan tentera di selatan wilayah Abyan pada Isnin, kata sumber pasukan keselamatan.
Sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan membawa lima anggota Al-Qaeda memasuki kawasan pangkalan tentera terbabit di daerah Mudiya di wilayah itu, kata sumber kepada AFP.
Empat lelaki dilengkapi dengan tali pinggang yang diikat bahan letupan bertindak keluar daripada kereta berkenaan dan meluru ke arah pangkalan terbabit, namun kesemua mereka ditembak mati sebelum berjaya meletupkan diri, kata sumber.
Kereta berkenaan kemudiannya meletup di luar pangkalan berkenaan menyebabkan pema ndu serta empat anggota tentera dari kontinjen sokongan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam tentera Yaman terbunuh. Sembilan anggota turut dilaporkan cedera.
Wilayah selatan Yaman, termasuk Abyan dilihat menjadi okasi serangan dron Amerika Syarikat terhadap cawangan Al-Qaeda di Yaman.
Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) menjadi punca kekacauan dalam perang dingin Yaman.
Amerika Syarikat yang merupakan satu-satunya negara yang mengendalikan dron di negara miskin itu dan menganggap AQAP sebagai cawangan kumpulan radikal yang paling berbahaya.
Tentera AS turut memberikan sokongan kepada kontinjen UAE di selatan Yaman.
UAE merupakan kunci kepada pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi yang mengadakan campur tangan dalam peperangan untuk menyokong kerajaan Hadi pada 2015.
Lebih 8,600 orang terbunuh di Yaman sejak daripada itu, menurut Organisasi Kesihatan Sedunia. – AFP, 23 Oktober, 2017.
Komen