SARAWAK bersetuju penempatan semula pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi dari Kuching ke Kota Kinabalu esok selepas rundingan saat akhir.
Mereka bersetuju lokasi pejabat pendaftar adalah mengikut sistem giliran antara kedua-dua bandar bagi tempoh setiap 10 tahun.
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg malam tadi berkata perjanjian itu sebagai kompromi bagi menangani penentangan negeri terhadap penempatan semula yang kekal ke Kota Kinabalu di Sabah.
Beliau berkata ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan dan ahli kanan badan kehakiman bertemu dengannya pada Selasa berhubung keputusan penempatan semula itu.
Beliau mengulangi penentangannya terhadap penempatan semula yang diperkenalkan pada Mei.
Abang Johari, dengan sokongan badan perundangan negeri dan firma guaman, membantah langkah pada Mei yang disifatkan beliau tidak dirujuk seperti dikehendaki oleh undang-undang.
“Kami (kerajaan negeri) menyatakan pandangan. Kami katakan mengapa ia tidak diteruskan di Sarawak? ” – 14 November, 2019.
Berita penuh di sini
Komen