SARAWAK membangkitkan kebimbangan tentang isu pengecualian dasar kabotaj kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan harapan dapat memastikan dasar itu dikaji semula.
Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dikecualikan daripada dasar itu sejak 1 Jun 2017.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing berkata kepada Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini bawah kerajaan negeri sudah menulis kepada Dr Mahathir bagi membangkitkan kebimbangan itu dan meminta kerajaan persekutuan meneliti dan mengkaji semula pengecualian dasar itu.
Katanya Sarawak juga mahu kementerian pengangkutan mengadakan kajian mendalam terhadap impak pengecualian itu sebelum ia memberi kesan berpanjangan kepada industri perkapalan di negeri itu.
Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata pengecualian dasar kabotaj telah menyebabkan persaingan yang sengit antara kapal domestik dan asing.
Beliau berkata berdasarkan satu analisis yang dijalankan pada Januari dan Julai tahun ini, kira-kira 12.4% atau 2,504 TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) kapal asing berlabuh untuk menyumbang kargo kontena daripada jumlah keseluruhan 20,279 TEU yang keluar dari pelabuhan Kuching.
Masih berkata, hasil pecahan jumlah itu, kapal asing yang dari pelabuhan Kuching terus ke pelabuhan Klang membawa 1,635 TEU atau 8.1% kargo kontena manakalan 302 TEU atau 1.5% dihantar ke pelabuhan tempatan Malaysia dan 567 TEU atau 2.8% dihantar ke pelabuhan asing.
Katanya penglibatan kapal asing di kawasan laut negeri itu dijangka meningkat dengan membawa lebih banyak kargo.
Masing menyifatkan situasi itu sebagai amaran dan jika tidak dibendung, ia akan menjejaskan industri perkapalan di Malaysia terutamanya Sarawak,
Beliau turut membangkitkan kesan yang diterima oleh industri pembinaan kapal.
“Kebanyakan limbungan kapal terletak di Sarawak. Kedua-dua aktiviti itu menjana perkembangan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Sarawak.”
Bekas perdana menteri Najib Razak mengumumkan pengecualian dasar itu selepas disarankan oleh kerajaan Sabah dan Barisan Nasional.
Masing berkata pengecualian dasar kabotaj merupakan punca peningkatan harga barang di Sabah dan Sarawak sedangkan usaha itu dibuat untuk mengurangkan harga barangan di kedua-dua negeri.
Bagaimanapun katanya penurunan harga barangan masih belum terbukti sejak pengecualian dilakukan.
Daripada pengecualian itu, kapal asing boleh memindahkan kargo secara terus ke pelabuhan Sabah dan Sarawak dengan harapan penduduk tidak perlu lagi membeli barangan menerusi Semananjung Malaysia kerana mereka boleh mengakses pasaran antarabangsa secara langsung. – 13 November, 2019.
Komen