Sarawak sasar ketibaan pelancong Eropah


Desmond Davidson

Menteri Pelancongan Sarawak Abdul Karim Hamzah berkata tumpuan akan diberikan kepada pelancong Eropah yang cenderung tinggal lebih lama dengan berbelanja besar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 November, 2019.

SARAWAK kini menumpukan promosi kempen pelancongan melawat Sarawak tahun depan dengan mensasarkan pasaran Eropah dan berbanding pelancong dari negara jiran berdekatan.

Matlamatnya adalah untuk menarik pelancong yang tinggal lebih lama dan berbelanja bagi mencapai sasaran 5 juta pelancong dan RM8.18 bilion pendapatan pelancongan, kata Menteri Pelancongan negeri Abdul Karim Hamzah.

Beliau memberitahu dewan perundangan negeri hari ini penjenamaan destinasi akan memberi tumpuan kepada pasaran utama United Kingdom, Jerman, Belanda dan Australia.

Karim berkata Lembaga Pelancongan Sarawak (LPS) sejak awal tahun sudah memberi penekanan kepada negara Scandinavia dan pasaran Eropah utara “mempertimbangkan penerimaan produk di kalangan rakyat Scandinavia” yang katanya “mempunyai jangka panjang purata tinggal tujuh hingga 10 hari serta mempunyai lebih banyak kuasa belanja”.

Beliau juga berkata LPS juga akan meneroka ke India dengan tumpuan di bandar selatan kerana mereka mempunyai lebih banyak akses ke Malaysia.

“Pasaran ini menunjukkan peningkatan berterusan dalam ketibaan pelancongan sejak bertahun lalu.”

Lembaga akan melihat kemungkinan perkongsian dengan pengusaha pelancongan Sarawak dan Semenanjung yang mengkhusus dalam pasaran India.

Terdahulu, menteri itu berkata Sarawak menyaksikan ketibaan pelancong India bagi pelancongan kesihatan.– 11 November, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen