ROMANIA dijangka mengadakan pusingan kedua pemilihan presiden akhir bulan ini memandangkan tiada calon memperoleh undi majoriti dalam pengundian yang berlangsung pada Ahad, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan badan pilihan raya negara itu.
Menurut badan itu, 14 calon bertanding bagi merebut jawatan presiden yang menyaksikan jumlah rakyat yang keluar mengundi sebanyak 47 peratus.
Sebanyak 18 juta orang layak mengundi di Romania.
Menurut keputusan awal, penyandang Presiden Klaus Iohannis dari Parti Liberal Nasional (PNL) yang berhaluan tengah mendapat 39 peratus undi manakala Viorica Dancila, pemimpin Parti Demokratik Sosial (SDP), meraih 22.5 peratus undi.
Kesemua calon akan bertanding dalam pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung pada 24 November selepas mereka gagal meraih lebih 50 peratus undi dalam pusingan pertama. – Bernama, 11 November, 2019.
Komen