Pembangkang Kemboja Sam Rainsy tiba di Malaysia, kata laporan


Sam Rainsy tinggal di Paris sebagai ahli politik yang hidup dalam dalam buangan selepas partinya diharamkan di Kemboja. – Gambar EPA, 9 November, 2019.

PEMBANGKANG Kemboja Sam Rainsy tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dilarang menaiki penerbangan Thai Airways ke Bangkok dari Paris, lapor Reuters.

Sam Rainsy berkata beliau tidak tahu apa yang bakal berlaku apabila tiba di Kuala Lumpur.

“Tiada idea. Sama ada disambut atau digari,” katanya.

Sam Rainsy dan beberapa pemimpin Parti Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) merancang untuk kembali ke Kemboja menggunakan laluan darat.

Beliau mahu menyeberangi sempadan Thailand tetapi dihalang menaiki pesawat Thai Airways ke Bangkok pada Khamis dari Paris.

Beliau hidup dalam buangan di ibu negara Perancis itu.

CNRP diisyitiharkan haram oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.

Rakan parti Sam Rainsy, Mu Sochua ditahan di Malaysia pada Rabu lalu ketika merancang untuk ke Thailand sebelum memasuki Kemboja menggunakan laluan darat.

Mu Sochua dan dua lagi pemimpin pembangkang dibebaskan sehari kemudian selepas Suhakam bertindak campur tangan dalam penahanan itu,

Malaysia berkata tidak berhasrat untuk menghantar pulang mereka ke Phnom Penh, sebaliknya mencari lokasi perlindungan di negara ketiga.

Mo Sochua bagaimanapun mahu meneruskan perancangan untuk pulang ke Kemboja menggunakan laluan darat bagi menyambut Hari Kemerdekaan.

Pihak keselamatan Kemboja sudah dikeran berkawal di ibu negara dan sempadan dengan Thailand. – 9 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen