Ramasamy tuduh penyokong Zakir 'reka' kebangkitan semula LTTE


Timothy Achariam

PENAHANAN 12 individu atas dakwaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) didalangi dari penyokong penceramah kontroversi Zakir Naik, kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy. 

Ramasamy menuduh penyokong penceramah kelahiran Mumbai itu mereka cerita palsu mengenai kebangkitan LTTE di Malaysia untuk mengalih perhatian dari usaha India untuk mengekstradisinya atas dakwaan pengubahan wang haram.

Zakir mendapat taraf penduduk tetap di negara ini dan semalam Putrajaya berkata Kementerian Luar akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan India untuk menjelaskan pendirian Malaysia untuk tidak menghantar Zakir ke negara asalnya.  

Ramasamy memberitahu The Malaysian Insight, wujud satu “gerakan” untuk mencetuskan semula ancaman LTTE bagi mengalih perhatian daripada isu lain.

“Ada agensi yang mahu memperlihatkan kuasa mereka (berkaitan penahanan tersebut),” katanya.

Menurut Ramasamy, penyokong Zakir mereka posting di Facebook bahawa 12 individu termasuk dua Adun DAP cuba menghidupkan semula LTTE di negara ini.

“Tidak ada ancaman, LTTE sekarang sudah hampir 10 tahun bubar.

“Zakir Naik adalah antara faktor kemunculan semula ‘ancaman’ ini. Selepas kita menentang dia, penyokongnya mula sebarkan pembohongan bahawa saya anggota LTTE,” katanya.

Tambah beliau, “gerakan” ini memalsukan gambar orang yang menyertai majlis peringatan perang, dan mendakwa ia adalah majlis “kebangkitan semula” LTTE.

“Penyokong Zakir mereka posting di Facebook yang nampak seperti benar, memaparkan imej pemimpin India tempatan menghadiri majlis yang dikatakan ‘majlis LTTE’.” – 8 November, 2019.

Berita penuh di sini.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen