Raja Salman bertemu pengarah CIA


Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bertemu pengarah CIA semalam, selepas tiga individu didakwa di AS kerana mengintip pengguna Twitter yang mengkritik keluarga diraja negara Arab Saudi. – Gambar EPA, 8 November, 2019.

RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bertemu pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) semalam, selepas tiga individu didakwa di Amerika Syarikat (AS) kerana mengintip pengguna Twitter yang mengkritik keluarga diraja negara Arab Saudi.

Menurut laporan media tempatan, Raja Salman dan Gina Haspel “membincangkan beberapa topik mengenai kepentingan bersama”, tanpa menyebut butiran lanjut.

Pertemuan di Riyadh itu turut dihadiri oleh beberapan pegawai atasan Arab Saudi termasuk Menteri Luar Putera Faisal bin Farhan dan Ketua Perisikan Khalid al-Humaidan, lapor Saudi Press Agency.

Mahkamah AS pada Rabu mendakwa tiga individu, termasuk dua rakyat Arab Saudi atas kesalahan mengintip pengguna Twitter yang mengkritik keluarga diraja Arab Saudi.

Seorang pegawai atasan Arab Saudi yang enggan namanya didedahkan berkata, kerajaan negara itu masih belum meneliti dakwaan tersebut.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan ialah kami mahu rakyat mematuhi undang-undang negara di mana mereka berada,” kata pegawai itu kepada pemberita di Washington.

mereka diberi arahan oleh pegawai Arab Saudi yang tidak dinamakan yang bekerja untuk seseorang yang pendakwa raya gambarkan sebagai “Ahli Keluarga No-1,” yang dilaporkan The Washington Post adalah Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman.

Tiga individu itu, termasuk dua bekas pekerja Twitter, didakwa diarahkan untuk mendedahkan maklumat pemilik akaun Twitter yang dibuka bagi pihak  “Royal Family Member-1”.

Washington Post melaporkan “Royal Family Member-1” adalah Putera Mohamed bin Salman.

Hubungan antara Washington dan Riyadh tegang selepas kematian wartawan Jamal Khashoggi.

Khashoggi yang sering mengkritik Putera Mohamed dibunuh oleh agen Arab Saudi di dalam bangunan konsulat negara itu di Istanbul.

Laporan CIA merumuskan putera itu ada kaitan dengan pembunuhan Khashoggi, tetapi dinafikan keras oleh Riyadh. – AFP, 8 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen