SEBUAH projek jambatan bernilai jutaan ringgit di Semprona, Sabah yang tidak pernah dibina menjadi lambang kekuasaan antara Ketua Menteri Musa Aman dan Presiden Warisan, Shafie Apdal, ketika mereka masih dalam Umno.
Shafie ketika itu menjadi naib presiden Umno dan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Pada 2012, bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah meluluskan pembinaan jambatan 1.4km yang menghubungkan Pulau Bum Bum, tempat tinggal kira-kira 30,000 orang yang tinggal di 34 kampung sepanjang pantai pulau itu, ke Semporna di tanah besar.
Pulau ini dipisahkan dari tanah besar dengan terusan yang dikenali sebagai Terusan Tando Bulong.
Kos untuk jambatan Bum Bum adalah RM430 juta pada 2012.
Apabila bekas Menteri Kerja Raya Shaziman Abu Mansor berada di Tawau untuk mengumumkan kelulusan jambatan itu, beliau berkata projek itu membuktikan kerajaan persekutuan tidak mengetepikan mana-mana negeri dalam pembangunan.
Reka bentuk untuk jambatan itu dijangka siap dalam masa setahun dan Shaziman berkata RM25 juta kos awal sudah diluluskan bagi reka bentuk.
Lima tahun selepas itu, penduduk Bum Bum masih menunggu jambatan mereka.
“Anda memerlukan tanah untuk membina jambatan tetapi tanah adalah soal negara,” kata Timbalan Ketua Penerangan Warisan, Hisham Fattah.
“Oleh itu, untuk membina jambatan milik persekutuan, ia memerlukan penglibatan kerajaan negeri untuk menyediakan tanahnya.
“Tetapi ketua menteri enggan memperuntukkan tanah untuk jambatan itu.”
Hisham berkata kerajaan negeri juga tidak melakukan sebarang tindakan berkaitan projek besar seperti menjalankan kajian penilaian kesan alam sekitar (EIA).
“Tiada yang dilakukan pada dulu atau sekarang untuk menunjukkan terdapat kesungguhan dalam membina jambatan.
“Semuanya hanya janji.”
Pesara kakitangan awam, Ghulam Miralam secara lantang berkata apabila ketua menteri enggan memperuntukkan tanah itu “kerana beliau tidak mahu Shafie menerima kredit dan dilihat bagus”.
Shafie kini menjadi ahli Parlimen Semprona selama lima penggal, sebuah bandar besar Bajau yang menjadi tarikan kuat bagi keturunan Suluk Filipina yang melarikan diri daripada persengketaan di selatan negara jiran itu.
Suluk, selain bahasa, juga berkongsi budaya yang sama seperti Bajau.
“Apa yang kita dengar ialah ketua menteri mahu kerajaan persekutuan menyalurkan wang itu kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada bekas kementerian Shafie untuk melaksanakan projek itu.”
Sekarang Shafie merupakan seorang pemimpin dalam pembangkang, impian untuk melihat jambatan juga musnah.
“Tidak ada peluang kita untuk mendapat jambatan ini kecuali terdapat perubahan dalam kerajaan,” kata Ghulam. – 22 Oktober, 2017.
Komen