Pakatan guna LHDN ganggu kami, kata menteri Sarawak


Desmond Davidson

PAKATAN Harapan menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menghantar surat tuntutan percukaian untuk menganggu kestabilan pentadbiran kerajaan negeri, kata seorang menteri Sarawak hari ini. 

“Ramai antara kami sudah terima notis itu,” kata Menteri Pelancongan, Seni, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Hamzah.

Karim bagaimanapun tidak menyatakan butiran lanjut surat itu kerana ia “soal peribadi”.

Sumber bagaimanapun memberitahu The Malaysian Insight yang LHDN menuntut pemimpin GPS menyiapkan pemfailan percukaian mereka untuk tempoh 12 tahun lalu.

Ditanya bilakah gangguan itu bermula, Karim berkata, sejak PH mula berkuasa tahun lepas.

Adun Asajaya itu bagaimanapun tidak terganggu dengan isu itu, berkata ia adalah “risiko pekerjaan” selaku ahli politik.

“Saya buat pemotongan cukai sejak saya pembantu menteri lagi, tetapi kadang-kadang tertinggal.

“Bila awak berada dalam pekerjaan ini, awak perlu bersedia.

“Saya sedang selesaikan, patutnya tiada masalah. Saya bukanlah orang yang tak bayar cukai. Saya bayar cukai sejak saya angkat sumpah (berjawatan) lagi.”

Karim pertama kali dilantik sebagai pembantu menteri perumahan dan pembangunan belia pada 2011.

Dakwanya lagi, kerajaan PH “sedang memburu pemimpin GPS sebagai satu cara untuk menjadikan kerajaan negeri tidak stabil.” – 7 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen