Saksi nafi tahu ‘e-mail konspirasi’ salahkan 1MDB kerana rugi


Bede Hong Timothy Achariam

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi menafikan tahu mengenai rantaian email yang melibatkan cadangan eksekutif PetroSaudi International Limited (PSI) untuk menyalahkan 1MDB kerana kerugian mencecah AS$1 bilion. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 6 November, 2019.

BEKAS CEO 1Malaysia Development Berhad Shahrol Azral Ibrahim Halmi menafikan tahu mengenai rantaian email yang melibatkan cadangan eksekutif PetroSaudi International Limited (PSI) untuk menyalahkan 1MDB kerana kerugian mencecah AS$1 bilion, mahkamah diberitahu hari ini.

Surat itu yang dihantar oleh Pengarah PSI Patrick Mahony kepada CEO PSI Tarek Obaid Tarek pada 7 Ogos 2010, juga membincangkan cadangan bertemu dengan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menjelaskan punca kerugian AS$500 juta dalam usaha sama antara 1MDB dan PSI.

Apabila disoal balas hari ini, Shahrol ditunjukkan email antara Mahony dan Tarek oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

“Saya tak selesa untuk ulas kerana saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan,” katanya, sebelum Hakim Collin Lawrence Sequerah mengulas bahawa saksi tidak tahu mengenai apa yang berlaku di PSI ketika itu.

Dalam usaha sama dengan PSI pada 2009, 1MDB menyuntik AS$1 bilion untuk 40% pegangan dalam syarikat usaha sama itu. Lima hari selepas ia ditandatangani pada 25 September 2009, AS$300 juta dibayar kepada PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd dan AS$700 juta kepada Good Star Ltd.

Kedua-dua syarikat itu kemudian didapati palsu, dengan Good Star dikawal oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Dalam email itu, Mahony bukan sahaja mencadangkan kerugian AS$500 juta itu disembunyikan, tetapi juga berkata Najib perlu didesak untuk melabur AS$500 juta lagi. – 6 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen