Polis tunggu Pejabat Peguam Negara putuskan kes Zakir Naik


Kalidevi Mogan Kumarappa

Siasatan itu dilengkapkan dan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada Ogos lalu, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 November, 2019.

POLIS masih menunggu keputusan Pejabat Peguam Negara (PPN) ke atas kertas siasatan yang dijalankan ke atas penceramah bebas Dr Zakir Naik, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

“Kami masih menunggu arahan lanjut daripada PPN. Kami sudah merujuk kertas siasatan kepada PPN,” katanya dalam sidang media di Maktab PDRM Cheras.

Siasatan itu dilengkapkan dan dikemukakan kepada PPN pada Ogos lalu. Sebanyak 515 laporan diterima mengenai kegiatan penceramah yang berasal dari India itu.

Zakir disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Pada masa sama, polis turut melarang Zakir daripada meneruskan sebarang aktivti ceramah oleh penceramah itu sehingga siasatan selesai.

Zakir akur dengan arahan pihak polis untuk tidak terus ceramah di mana-mana majlis di negara ini. – 6 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen