Selepas terima AS$500 juta, PetroSaudi pindahkan AS$83 juta kepada firma Low


Bede Hong Timothy Achariam

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu mahkamah hari ini, beliau tidak tahu apa terjadi kepada dana yang dipindahkan bagi usaha sama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 6 November, 2019.

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) PetroSaudi, Tarek Obaid memindahkan kira-kira AS$83 juta (RM250 juta) kepada syarikat yang dikawal oleh Low Taek Jho, beberapa hari selepas 1MDB menyuntik AS$500 juta sebagai sebahagian daripada perjanjian pembiayaan Murabaha pada September 2010.

Semasa perbicaraan Najib Razak hari ini, saksi kesembilan, bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi mengesahkan dokumen yang menunjukkan AS$83 juta masuk beberapa hari selepas AS$500 juta diberi 1MDB bagi perjanjian pembiayaan Murabaha dengan PSI.

AS$500 juta memberikan pulangan kepada 1MDB sebanyak 8.25% setahun.

Jumlah ini dipindahkan ke akaun bank 1MDB-PetroSaudi Ltd, yang dipegang oleh JP Morgan Swiss SA pada 14 September 2010

Syarikat usaha sama itu dikawal oleh PSI, ketika itu diketuai oleh Tarek, yang dikatakan pendakwa berkomplot dengan Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Shahrol kemudian mengesahkan dokumen tambahan yang dibentangkan kepada mahkamah oleh pihak peguam bela, yang menunjukkan pada 23 September 2010, Tarek mengarahkan JP Morgan agar memindahkan 82 juta franc Swiss atau kira-kira AS$83 juta daripada akaun persendiriannya kepada akaun bank RBS Coutts yang dimiliki Good Star Ltd.

Penyiasat kemudian mendedahkan Good Star dikawal oleh Low.

Lembaga pengarah 1MDB pada Julai 2010 mempertimbangkan pelan pelaburan sebanyak AS$1 bilion dalam usaha sama bagi kepentingan sebanyak 4.23% dalam firma tenaga Perancis GDF Suez.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak dan memilih pembiayaan Murabaha, yang dianggap kurang berisiko. – 6 November, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen