Baru Bian bengang dituduh ‘takut bos’


Desmond Davidson

Adun Ba Kelalan yang juga Menteri Kera Raya Baru Bian berkata isu dibincangkan secara terbuka dalam mesyuarat Kabinet. – Gambar The Malaysian Insight, 6 November, 2019.

ADUN Ba Kelalan Baru Bian berang dan hilang sabar apabila Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Julaihi Narawi menuduhnya “takut bos” kerana gagal mempertahankan kepentingan negeri dalam Kabinet persekutuan.

Julaihi, ketika menjawab soalan berkenaan jalan pesisir pantai negeri itu pada sesi soal jawab hari ini, turut menuduh Baru – menteri kerja raya persekutuan – tidak berjuang untuk mendapatkan dana pembangunan.

Baru dengan nada biasanya yang kuat, mencelah untuk membacakan perintah tetap dan memohon Speaker Mohd Asfia Awang Nassar mengarahkan Julaiji menarik balik tuduhan “takut sama bos” kerana ia mencetuskan motif tidak wajar.

Julaihi sekali lagi menyentuh tentang kegagalan kerajaan persekutuan Pakatan harapan (PH) menghormati keputusan kerajaan terdahulu Barisan Nasional untuk menanggung sebahagian kos pembinaan tiga jambatan – menyeberangi Batang Lupar, Rambungan dan Batang Igan di jalan pesisir negeri itu.

“Saya tidak pernah sekecewa ini.

“Bila anda cetuskan motif tidak wajar, saya perlu pertahankan diri. Ia ada kaitan dengan integriti dan kredibiliti kami.

“Tidak ada takut bos,” katanya kepada Julaihi pada sidang dewan undangan negeri itu.

Baru yang memegang kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen, berkata menteri Kabinet persekutuan membincangkan isu secara terbuka dalam mesyuarat Kabinet.

Beliau menafikan penarikan daripada membiayai tiga jambatan itu bermakna beliau tidak memperjuangkan hak Sarawak. – 6 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen