Laporan polis dibuat ke atas calon BN PRK Tg Piai


The Malaysian Insight

Calon Barisan Nasional PRK Tanjung Piai Wee Jeck Seng diysaki terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam projek VEP antara Malaysia dan Singapura. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 November, 2019.

LAPORAN polis telah dibuat terhadap calon PRK Tanjung Piai Wee Jeck Seng kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan semasa presiden MCA Liow Tiong Lai menjadi Menteri Pengangkutan pada 2015.

Laporan itu telah diserahkan kepada polis daerah Pontian oleh aktivis politik pakatan pemerintah Pakatan Harapan.

Seorang pegawai Pakatan Johor berkata satu lagi laporan akan dikemukakan esok dengan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor Bharu.

Wee merupakan calon Barisan Nasional dan saingannya yang terbesar dalam pilihan raya ialah Karmaine Sardini dari Pakatan Harapan.

Laporan itu menggesa pihak berkuasa menyiasat kemungkinan wujud salah laku dalam projek RM149.45 juta untuk pelaksanaan sistem permit kemasukan kenderaan (VEP) antara Malaysia dan Singapura.

Wee didakwa terlibat dalam projek itu ketika menjadi ahli Parlimen Barisan Nasional untuk Tanjung Piai sebelum PRU14. – 5 November, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen