WKB2030 akan gagal jika pemikiran tak berubah, kata Dr Mahathir


Ragananthini Vethasalam Kalidevi Mogan Kumarappa

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata rasuah kini dilakukan secara terbuka oleh pemimpin tertinggi tanpa rasa takut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 November, 2019.

WAWASAN Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) akan gagal melainkan ada perubahan dalam pemikiran ke arah ketelusan dan akauntabiliti kerana rasuah ini telah diterima, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Saya pernah kata sebelum ini, apabila rasuah dilakukan secara tersembunyi, ia satu penghinaan kepada masa depan negara kita.

“Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rasuah menjadi satu tindakan terang-terangan, yang dilakukan secara terbuka oleh pemimpin tertinggi. Yang lain pula melakukan perkara sama tanpa rasa takut,” kata semasa ucap tamanya pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan 2019 (IFCTF).

WKB2030 adalah pelan tindakan kerajaan yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk tempoh 2021 hingga 2030 bagi meningkatkan pendapatan semua kumpulan etnik.

Dr Mahathir berkata rasuah yang pernah dilihat sebagai sesuatu yang menjijikan kini telah diterima. 

Menurutnya sepanjang pemerhatiannya sejak beberapa tahun lepas, rasuah dilihat mencapai tahap di mana ia hampir menjadi gaya hidup biasa, dengan wang tunai yang banyak boleh dipindah begitu mudah dan dianggap sebagai ‘raja’.

“Tanpa perubahan ketara dalam tingkah laku dan jangkaan rakyat Malaysia yang memihak kepada ketelusan dan akauntabiliti, usaha kita untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama akan gagal,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata Malaysia Baharu tidak akan berlaku sekiranya mentaliti lama dan amalan rasuah tidak dibasmi.– 5 November, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen