LANGSUNG: Soal balas bekas CEO 1MBD diteruskan hari ini


Bede Hong Timothy Achariam

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi kembali memberi keterangan bagi perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak yang masuk hari ke-31 hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 5 November, 2019.

SAKSI kesembilan, bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Shahrol Azral Ibrahim Halmi, kembali memberi keterangan ketika perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak yang masuk hari ke-31 hari ini.

Ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah akan menyoal Shahrol semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Semalam, Shahrol memberi keterangan yang lembaga 1MDB disarankan supaya menjalinkan satu lagi usaha sama dengan PetroSaudi International (PSI) pada 2010, walaupun usaha sama bernilai AS$1 bilion pada 2009 gagal.

Pada pertengahan 2010, lembaga 1MDB dipujuk untuk bersetuju dengan cadangan PSI untuk bersama-sama melabur dalam firma tenaga Perancis, GDF Seuz untuk 4,23% kepentingan, kata mahkamah.

CEO PSI ketika itu, Tarek Obaid mencadangkan 1MDB melabur sebanyak AS$1 bilion dan dijanjikan potongan sebanyak 20%. Usahasama ini dikatakan bernilai AS$2.5 bilion, seperti usahama yang ditadatangani pada 25 September 2009.

Pada usaha sama sebelumnya, AS$300 juta dibayar kepada PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd dan AS$700 juta kepada Good Star Ltd pada 30 September 2009, tanpa kelulusan lembaga.

Penyiasat kemudiannya mendedahkan adalah syarikat palsu, dengan Good Star dikawal oleh ahli perniahaan dalam buruan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Good Star kemudian membayar Tarek AS$85 juta, lima hari selepas syarikat tipu itu menerima AS$700 juta daripada 1MDB.

Najib, 66, sedang diadili berhubung empat tuduhan penyalahgunaan kuasa untuk mendapatkan suapan bernilai RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram dengan jumlah yang sama.

Pendakwa mendakwa beliau bersekongkol dengan Low, kelahiran Pulau Pinang untuk menipu firma pelaburan negara.

Najib Razak didakwa bersekongkol dengan Jho Low, untuk menipu 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 November, 2019.

Najib diwakili oleh sepasukan peguam. Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram mengetuai pendakwaan yang diadili Hakim Collin Lawrence Sequerah.

The Malaysian Insight membawa anda prosiding hari ini secara langsung:

4.49pm: Sequerah menangguhkan perbicaraan ke esok hari.

4.45pm: Shahrol berkata tiada bukti bagi usaha wajar (due diligence), tetapi itu tidak bermakna prosedur itu tidak dijalankan.

3.57pm: Perbicaraan berehat sebentar.

3.46pm: Shahrol mengesahkan bahawa 1MDB diminta meminjam AS$500 juta dari Standard Chartered Labuan untuk menampung semula AS$500 juta yang dipindahkan dari akaun AmBank 1MDB kepada PSI.

3.17pm: Shafee mencadangkan bahawa 1MDB sepatutnya mengeluarkan amaran ke atas urus niaga yang mencurigakan. Shahrol setuju.

3.10pm: Shafee menyoal balas saksi mengenai akaun 1MDB. Shahrol berkata PSI menyebabkan 1MDB berhutang lebih daripada AS$2 bilion.

2.43pm: Prosiding bersambung.

12.39pm: Mahkamah berhenti rehat untuk makan tengahari.

12.36pm: Shafee bertanya sekiranya 1MDB mempunyai kuasa meminjamkan wang. Shahrol berkata ya. Shafee kemudian bertanya sama ada ia mempunyai lesen untuk meminjamkan wang. Shahrol berkata tidak, ia tidak mempunyai lesen.

12.05pm: Mahkamah bersambung selepas berhenti rehat. Shahrol berkata pada 2010, 1MDB berbincang untuk membeli Empangan Bakun kerana kerajaan persekutuan tidak dapat menjualnya. Beliau berkata perbincangan dibatalkan.

10.53am: Mahkamah mendengar Najib juga tidak bersetuju dengan usaha sama, dan secara bertulis menyatakan usaha wajar dan kajian kebolehlaksanaan mesti dilakukan.

10.10am: Mereka meneliti cadangan lembaga pengarah 1MDB berhubung usaha sama lain dengan GDF Suez.

Menurut minit mesyuarat lembaga pengarah, bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB, Nik Faisal Ariff Kamil mencadangkan berdasarkan usaha wajar dilakukan sebelum usaha sama ditandatangani. Pengerusi lembaga mencadangkan tidak akan ada pulangan monetari segera, dan 1MDB tidak akan mengawal syarikat tenaga Perancis.

9.55am: Mahkamah bersidang. Shahrol mengambil tempat di kandang saksi. – 5 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen