Wanita rentung kereta terbakar


WANITA yang rentung akibat kereta dipandu terbakar selepas terlibat kemalangan di Jalan Sri Putatan di Beluran, pagi tadi berasal dari Kampung Minusoh Tong, Beluran.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor, mangsa dikenalipasti sebagai Masnah Filemun, 26, dan bekerja di Syarikat Tomaco di Beluran.

“Mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga yang sedang dari arah Sabahmas menuju ke Jalan Dam, dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit yang berselekoh, kemudian masuk ke laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.

“Akibat kemalangan pada 6.40 pagi itu, kereta mangsa terbakar di tempat kejadian dan mangsa rentung 80 peratus, manakala mangsa lelaki yang memandu Toyota Hilux itu hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama, 4 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen