SARAWAK akan membawa kes ke mahkamah jika Petronas enggan membayar cukai jualan terhadap produk petroleum, yang keputusan yang berkuat kuasa 1 Januari, kata Ketua Menteri Abang Johari Openg.
Beliau berkata Petronas mengeluarkan Notis Taksiran berkenaan bayaran itu.
Katanya, walaupun Petronas terus bertahan, syarikat petroleum lain yang beroperasi di negeri itu sudah berbuat demikian.
“Di bawah Ordinan Cukai Jualan negeri 1998, Petronas tertakluk untuk membayar kepada negeri cukai jualan dan kegagalan berbuat demikian bermakna melanggar undang-undang.”
Ketika perbalahan dengan Petronas masih berterusan, beliau berkata kerajaan negeri mengambil hak syarikat itu untuk melombong minyak mengikut Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958).
Johari berkata Petroleum Sarawak Bhd (Petros) syarikat milik kerajaan negeri akan membuat keputusan untuk memberikan lesen minyak dan gas di kawasan pesisir pantai.
Katanya, pada peringkat awal, Petros akan mengeluarkan lesen melombong di kawasan pesisir di Limbang dan Baram.
“Kerajaan negeri berhasrat untuk menguruskan potensi hidrokarbon yang masih ada di kawasan pesisir di Sarawak.
“Usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan bahagian pendapatan lebih saksama dan adil daripada minyak dan gas dihasilkan di Sarawak akan terus menjadi antara agenda utama kerajaan Gabungan Parti Sarawak.”
Aktiviti penerokaan minyak di negeri itu bermula di Miri pada 1810 dan berpindah ke luar pesisir pantai di Sarawak pada 1950-an.
Walaupun berlaku perbalahan itu, Johari berkata kerajaan negeri menjangkakan mengumpul pendapatan RM10.067 bilion tahun depan. – 4 November, 2019.
Komen