LANGSUNG: Shahrol akui PetroSaudi ditubuhkan untuk menipu 1MDB


Bede Hong Timothy Achariam

Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. Kes 1MDB membabitkannya ditangguhkan Khamis lalu berikutan beliau menghadapi masalah mata. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2019.

SAKSI pendakwa kesembilan, bekas CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Shahrol Azral Ibrahim Halmi akan kembali ke kandang saksi pada hari ke-30 perbicaraan kes membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Ketua pasukan peguam Muhammad Shafee Abdullah dijangka menyoal balas Shahrol pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Perbicaraan ditangguhkan Khamis lalu berikutan Najib menghadapi masalah mata.

Rabu lalu, Shahrol dalam keterangannya berkata kira-kira seminggu selepas urus niaga ditandatangani antara 1MDB dan PetroSaudi International pada 25 September, 2009, AS$85 juta (RM255 juta pada masa itu) masuk ke akaun bank CEO PetroSaudi Tarek Obaid.

Penyiasat kemudian mengetahui Tarek berkongsi AS$33 juta dengan pengarah PetroSaudi Patrick Mahoney.

Ketika soal balas, Shafee bertanya Shahrol “Duit masuk awal tahun itu?”, di mana saksi mengangguk.

Lima hari selepas urus niaga ditandangani antara 1MDB dan PetroSaudi International pada 25 September, 2009, sebanyak AS$300 juta dibayar kepada PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd dan AS$700 juta kepada Good Star Ltd tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Penyiasat kemudian mendapati kedua-duanya syarikat palsu, di mana Good Star dikawal oleh ahli perniagaan dalam pelarian Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low.

Dokumen dikemukakan kepada mahkamah sebagai bukti menunjukkan Good Star membayar Tarek AS$85 juta pada 5 Oktober, 2009, lima hari selepas syarikat palsu itu menerima AS$700 juta daripada 1MDB.

Pada 20 Oktober, AS$33 juta dipindahkan dari akaun Tarek kepada Mahoney, menurut dokumen diserahkan kepada mahkamah.

Najib, 66, dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mengayakan dirinya dengan RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram dengan nilai sama.

Pihak pendakwa raya menuduhnya bersubahat dengan Low, yang berasal dari Pulau Pinang untuk melakukan penipuan terhadap syarikat pelaburan negara itu.

Najib diwakili sepasukan peguam. Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram mengetuai pihak pendakwaan dan kes ini dikendalikan oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah. – 4 November, 2019.

The Malaysian Insight membawakan prosiding hari ini secara langsung:

3.43pm: Sequerah menangguhkan perbicaraan hari ini kerana mempunyai urusan lain.

Beliau mengingatkan peguam perbicaraan esok akan berlangsung sehingga jam 6 petang.

3.13pm: Shafee menyoal Shahrol mengenai saranan PSI supaya 1MDB membeli 4.2% saham dalam syarikat Perancis, GDF Suez, yang terlibat dalam sektor tenaga, elektrik dan gas dengan diskaun 20%.

Shafee beritahu Shahrol ini satu lagi perjanjian menipu. 

Shafee juga berkata diskaun 20% itu menyalahi undang-undang. Shahrol kata beliau tidak tahu.

2.52pm: Prosiding bersambung.

12.48pm: Mahkamah berhenti rehat makan tengah hari.

12.38pm: Shahrol akui PSI adalah medium untuk melakukan penipuan dan ditubuhkan untuk mengambil wang daripada 1MDB untuk menyalurkannya ke tempat lain.

12.02pm: Shahrol bercakap tentang 1MDB mengambil pemilikan KLIFD dan tanah di Sungai Besi. Katanya beliau tidak ingat tarikh ia dimiliki oleh 1MDB.

11.37am: Shafee keluarkan laporan MalaysiaKini, yang menyatakan mahkamah menegur Najib. Shafee berkata tajuk itu boleh mengelirukan.

Hakim menjelaskan beliau berkata beliau tidak mendapati Najib tidak berkelakuan tidak baik.

11.35pm: Mahkamah bersambung semula selepas berehat sebentar.

11.02am: Shahrol tidak memaklumkan Najib tentang itu tetapi belian tanya Jho Low.

Shafee bertanya mengapa penasihat lembaga pengarah tidak membawanya kepada Najib sendiri. Shahrol berkata mereka mencari penyelesaian untuk menutup bukunya bagi tahun itu.

Shafee mencadangkan ia cadangan untuk menutup keadaan kewangan sebenar 1MDB, di mana Shahrol menafikan “sudah tentu tidak”.

11am: Shafee bertanya adakah Ernst & Young enggan menandatangani laporan audit 1MDB’ kerana ia gagal mencapai standard.

10.59am: Shahrol berkata ada nampak minit di mana pengarah bukan eksekutif ada mesyuarat dengan Najib dan beliau meyakinkan mereka hubungan dengan PSI perlu dijaga.

Beliau mahu hubungan PSI berterusan kerana Najib.

10.57am: Shafee mencadangkan 1MDB memberikan Ernst & Young perjanjian murabahah untuk menunjukkan ke mana wang itu pergi pada 2009.

Shahrol bersetuju itu cara untuk Ernst & Young tidak bertanya di mana wang itu.

10.55am: Shahrol berkata beliau tanya Jho Low, Patrick Mahoney dan Casey Tang tentang AS$1 bilion dan di mana duit itu selepas Ernst & Young mula bertanya soalan.

10.35am: Shafee mula soal balas Shahrol.

Shafee bertanya tentang proses di mana AS$1 bilion yang dilaburkan dalam kerjasama 1MDB-PetroSaudi ditukarkan kepada nota murabahah.

10.07am: Ketua pendakwa raya Gopal Sri Ram mohon mengenakan syarat ikat jamin lebih ketat terhadap Najib selepas kehadirannya di Tanjung Piai pada hujung minggu lalu walaupun dalam keadaan MC kerana jangkitan mata.

9.52am: Najib masuk ke kandang tertuduh, prosiding bermula.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen