BEBERAPA orang dilaporkan cedera pada pagi Sabtu di bandar selatan Jerman, Munich selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau menyerang mereka sebelum melarikan diri dari tempat kejadian, kata polis dan menambah motif serangan masih belum diketahui.
“Lelaki mencederakan beberapa orang dengan pisau di tengah bandar Munich dan ini masih bebas,” kata polis tempatan menerusi akaun Twitter.
“Kami masih memburu pelaku serangan ini dengan semua polis yang ada,” katanya dalam satu kenyataan dan menambah buat masa ini motif serangan masih belum diketahui.
Menurut portal berita harian Bild, kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa. – AFP, 21 Oktober, 2017.
Komen