KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg akan mendedahkan langkah yang akan diambil kerajaan negeri berhubung pertikaian dengan Petronas ke atas cukai jualan 5% petroleum, perkongsian pengeluaran serta perkara lain berkaitan minyak dan gas.
Abang Johari berkata butirannya akan didedahkan ketika beliau membentangkan Belanjawan 2020 negeri.
“Tunggu Isnin nanti,” katanya kepada pemberita di Tabuan Jaya hari ini.
Beliau diminta mengulas perkara tersebut memandangkan kerajaan negeri Sarawak menetapkan 31 Oktober sebagai tarikh akhir bagi Petronas untuk memuktamadkan rundingan.
Petronas dan kerajaan Persekutuan enggan mengurangkan 95% daripada hasil minyak dan gas Sarawak, dan kerajaan negeri menuntut bayaran royalti sebanyak 20%.
Petronas juga enggan membayar cukai jualan 5% yang dikenakan oleh kerajaan negeri Sarawak ke atas sumber petroleumnya.
Syarikat mintak lain yang beroperasi di Sarawak seperti Shell dan Murphy Oil membayar cukai yang dilaksanakan mulai 1 Januari. – 2 November, 2019.
Komen