Rakyat Singapura berminat tubuhkan hospital swasta di Sarawak


Desmond Davidson

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata ada ahli perniagaan dari Singapura berminat untuk menubuhkan hospital swasta di Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2019.

AHLI perniagaan Singapura telah menunjukkan minat untuk menubuhkan hospital swasta di Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata terdapat dua minat sedemikian buat masa ini namun beliau tidak memberikan butiran lanjut kerana menghormati maklumat rahsia berkenaan.

Bagaimanapun hospital “bertaraf antarabangsa” dipercayai akan dibina di Kuching.

Ketu Menteri berkata minat itu bertepatan dengan dua hospital swasta sedia ada di ibu negara yang memulakan program pengembangan dengan jangkaan lebih ramai pesakit rentas sempadan akan datang mendapatkan rawatan perubatan.

Abang Johari berkata minat rakyat Singapura dalam menubuhkan hospital swasta dikaitkan dengan jangkaan penduduk yang berhijrah ke Kalimantan susulan perubahan ibu kota mereka dari Jakarta.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani kerjasama antara pemaju hartanah Saradise Sdn Bhd dan Sekolah Antarabangsa Borneo untuk penubuhan kampus baharu BIS di Saradise di Kuching.

Memandangkan negeri itu membuka Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak, Singapura (Statos) pada Ogos telah menarik minat rakyat Singapura untuk mencari peluang perniagaan di negeri ini.

Selain pelancongan mereka juga berminat untuk mengimport makanan dan juga perabot.

Minggu lalu negeri membuat penghantaran pertama 12 tan ikan air tawar yang popular iaitu tilapia.

Pada pembukaan Statos, Abang Johari berkata beliau menjangkakan perdagangan Singapura boleh meningkat sebanyak 30% menjelang akhir 2020.

Tahun lepas jumlah eksport Sarawak ke Singapura berjumlah RM1.2 bilion manakala import sebanyak RM1.6 bilion.

Barangan utama yang diperdagangkan ialah jentera dan kelengkapan pengangkutan, bahan api mineral, pelincir dan makanan. – 2 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen