RM2.3 bilion untuk Belanjawan Selangor 2020


Timothy Achariam

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2020 pada sidang Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 1 November, 2019.

KERAJAAN Selangor hari ini mengumumkan belanjawan RM2.3 bilion bagi tahun 2020, yang merupakan belanjawan terendah negeri itu sejak dua tahun lalu. 

Pada 2019, belanjawan negeri adalah RM2.56 bilion, dan pada 2018, RM3.12 bilion ketika Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menjadi menteri besar.

Menteri Besar Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2020 berkata, 51.4% atau RM1.20 bilion akan diperuntukkan bagi Perbelanjaan Operasi. 

Manakala baki 48.5% atau RM1.13 bilion akan digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. 

Amirudin berkata, belanjawan 2020 dijangka mempunyai defisit RM1.33 juta kerana peruntukan pembangunan substantif.

“Amalan perbelanjaan berhemat, memperkukuh budaya kerja dengan integriti dan mengurangkan pembaziran dan ketirisan telah berjaya menurunkan defisit pada jumlah yang munasabah,” katanya hari ini ketika membentangkan bajet itu di Dewan Undangan Negeri Selangor.

14% daripada belanjawan atau RM334.15 juta akan diperuntukkan bagi pendidikan, peningkatan berbanding 11% tahun lalu. 

Daripada jumlah ini, RM10 juta akan disalurkan kepada Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang memberi faedah kepada kira-kira 10,000 pelajar tahun lalu. 

“Kita akan memperluaskan program ini bagi menyediakan tuisyen percuma untuk pelajar UPSR dan juga SPM. Kita juga akan sediakan makanan percuma kepada pelajar ini,” katanya. 

Sementara itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM20 juta untuk program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). – 1 November, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen