Pakatan menang jika Berjasa tanding Tanjung Piai, kata orang Umno


Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz berkata penyertaan Berjasa dalam PRk Tanjung Piai akan memecahkan undi Melayu di kawasan itu. – Gambar Umno Media, 1 November, 2019.

PAKATAN Harapan (PH) pasti akan menang sekiranya parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) bertanding menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai, kata seorang pemimpin Umno.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz berkata penyertaan Berjasa dalam pertandingan itu akan memecahkan undi Melayu di kawasan berkenaan.

Tindakan meletakkan calon Berjasa ini sudah tentu bertujuan untuk memecah belahkan undi Melayu dan umat Islam.

“Tindakan ini pastinya tidak menguntungkan muafakat nasional sebaliknya akan menguntungkan calon PH,” jelasnya lagi.

Berjasa merupakan antara parti yang menyertai kerjasama politik bersama PAS dan Umno melalui gabungan Gagasan Sejahtera.

Parti itu bagaimanapun semalam mengumumkan akan mengemukakan calon dalam PRK Tanjung Piai untuk menentang PH dan juga calon BN daripada MCA.

Dalam pengumumannya semalam, Berjasa menyebut langkah itu bagi memastikan Tanjung Piai diwakili oleh calon Muslim berwibawa. – 1 November, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen