Didakwa cabul pembantu, ahli Parlimen Perancis disiasat


Ahli Parlimen Parti Republic on the Move, Christophie Arend didakwa melakukan serangan dan gangguan seksual terhadap bekas pembantu Parlimen yang juga pengurus kempennya. – Gambar Wikipedia, 21 Oktober, 2017.

SEORANG Ahli Parlimen parti Presiden Perancis, Emmanuel Macron berdepan siasatan atas dakwaan melakukan serangan seksual dan gangguan terhadap bekas pembantu Parlimennya, lapor radio Franceinfo.

Peguam Christophie Arend yang juga ahli Parlimen Parti Republic on the Move (LREM) dalam satu kenyataan mempertikai dakwaan terbabit dan mengatakan ia fitnah.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Marie, memberitahu Franceinfo bekas majikannya itu melakukan apa saja untuk mendapatkan dirinya, dengan beberapa kali memberikan komen dan isyarat lucah.

“Sebagai contoh, dia cuba menanggalkan pakaian dalam saya ketika berjalan bersebelahan dan memegang payudara,” katanya.

Marie mengetuai kempen Arend ketika pilihan raya perundangan tahun ini, hingga dia menjadi tajuk utama berita, pada Jun lalu kerana berjaya mengalahkan Naib Presiden Parti Barisan Nasional berhaluan kanan, Florian Philippot.

Kemenangan itu membolehkan Marie dilantik sebagai pembantu parlimennya.

“Saya berharap hubungan kami lebih profesional apabila saya mempunyai kontrak pekerjaan dan saya lebih selamat,” katanya.

Susulan insiden itu Marie dipaksa meletak jawatan pada penghujung Julai lalu. – AFP, 21 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen