KUMPULAN militan Daesh mengesahkan kematian pemimpinnya, Abu Bakr al-Baghdadi dan mengumumkan Abu Ibrahim al-Hashimi al-Quraishi sebagai pengganti.
“Kematianmu diratapi…komander yang setia,” kata jurucakap kumpulan itu Abu Hamza al-Quraishi, dalam satu mesej audio.
Baghdadi yang memimpin Daesh sejak 2014 terbunuh dalam satu operasi khas oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Idlib, syria pada Ahad lalu.
Daesh juga mengesahkan kematian jurucakap mereka, Abu Hassan al-Muhajir dalam satu serbuan lain.
Kenyataan itu menyebut badan perundangan dan rundingan Daesh bersidang selepas kematian Baghdadi, 48.
“Majlis syura Daesh bersidang sebaik sahaja selepas mengesahkan kematian Sheikh Abu Bakr al-Baghdadi, dan pemimpin utama telah bersetuju atas penggantiannya,” menurut sepanjang tujuh minit itu.
Tidak banyak maklumat mengenai Hashimi yang sebelum ini jarang disebut mungkin sebagai pengganti Baghdadi.
“Tak banyak yang kita tahu tentang dia kecuali dia ketua hakim Daesh dan mengetuai jawatankuasa syariah,” kata pakar Daesh dari Iraq, Hisham al-Hashemi.
Mesej itu turut memberi amaran keras kepada AS. Presiden AS Donald Trump Ahad lalu mengumumkan kematian Baghdadi di televisyen dari Rumah Putih.
“Dia mati selepas tiba di hujung terowong dan menangis serta menjerit sepanjang jalan,” kata Trump.
Jurucakap Daesh menyifatkan Trump ibarat ‘orang tua gila’ dan memberi amaran bahawa penyokong kumpulan itu akan membalas dendam atas kematian Baghdadi.
“Jangan seronok Amerika.
“Pemimpn baru akan membuatkan kamu lupa ketakutan yang kamu tanggung… dan memastikan kejayaan pimpinan Baghdadi amat manis.” – AFP, 1 November, 2019.
Komen