12 suspek LTTE berdepan pertuduhan tambahan hari ini


Timothy Achariam

DUA Adun DAP dan 10 individu yang ditahan kerana dakwaan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) kini sedang menunggu untuk berdepan pertuduhan tambahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Adun Seremban Jaya P Gunasekaran dan Adun Gadek G Saminathan serta sepuluh orang lagi sudah didakwa di beberapa negeri seluruh Malaysia, pada Selasa.

Kesemua mereka ditahan pasukan Bahagian Anti Pengganas (E8) Bukit Aman pada 10 dan 12 Oktober lalu di seluruh negara.

Sebelum itu, pagi tadi, wujud kekecohan di luar mahkamah apabila sebilangan ahli keluarga tidak dibenarkan menunggu di luar mahkamah kerana tidak mendapat pas pelawat.

Sekumpulan lelaki yang mendakwa saudara mara tertuduh dilihat bertengkar dengan anggota polis sebelum berlalu pergi. – 31 Oktober, 2019.

 

 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen