Apa guna lepaskan PLUS tetapi tol tidak hapus, tanya Azmin


Diyana Ibrahim Lee Chi Leong

Kebanyakan tawaran syarikat swasta untuk membeli PLUS juga tidak ideal dalam konteks manifesto PH untuk mengurangkan beban rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2019.

TIADA keperluan untuk syarikat swasta mengambil alih lebuh raya milik PLUS Malaysia Berhad sekiranya tiada jaminan mereka akan seterusnya menghapuskan tol, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) akan mungkir janjinya kepada rakyat jika pengambilalihan oleh syarikat swasta menyebabkan tol kekal atau dinaikkan.

Jelas Azmin, kebanyakan tawaran syarikat swasta untuk membeli PLUS juga tidak ideal dalam konteks manifesto PH mahu mengurangkan beban rakyat.

“PLUS dimiliki Khazanah 51% dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) 49% jadi kenapa ada yang mahu swastakan.

“Kita tidak mahu membebankan rakyat dan penguna jalan raya sebab itu (janji) dalam manifesto. Kita akan berbincang bersama semua konsesi secara berperingkat untuk mengurangkan bebanan kepada pengguna jalan raya. 

“Tetapi kalau awak jual PLUS pada pihak swasta yang akan mengenakan tol dan menaikkan kadar dan ia tidak akan memenuhi kehendak manifesto,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen, hari ini.

Azmin mengulas kenyataan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Shahril Ridza Ridzuan yang mempertahankan pendirian syarikat pelaburan kerajaan itu untuk tidak melepaskan sahamnya dalam PLUS. – 30 Oktober, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen