POLIS Brazil pada Jumaat berkata, pihaknya menahan 82 orang berhubung pedofilia internet dalam operasi yang dijalankan bersama pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Lebih 1,100 ejen mengambil bahagian dalam operasi yang disifatkan sebagai “salah satu operasi terbesar di dunia.” Operasi itu dijalankan merentasi 24 negeri dan ibu negara Brasilia - hampir keseluruhan negara.
“Suspek ditangkap bersama peralatan pornografi yang berkaitan dengan pedofilia dirampas daripada komputer dan telefon bimbit mereka,” kata jurucakap kementerian keadilan kepada AFP. Lebih banyak lagi penahanan akan dilakukan, tambahnya.
Serbuan itu berikutan siasatan yang dijalankan enam bulan membabitkan kedutaan AS di Brazil dan pihak berkuasa imigresen AS. – AFP, 20 Oktober, 2017.
Komen