Menteri Yaman gesa hantar kanak-kanak ke medan perang 


Masalah bayaran gaji menyebabkan guru mengadakan mogok dan menutup hampir keseluruhan sekolah di negara bergolak itu. – Gambar EPA, 20 Oktober, 2017.

MENTERI belia dan sukan kerajaan Yaman pada Jumaat mencadangkan penggantungan persekolahan selama setahun dan menghantar pelajar dan guru ke medan perang. 

Hassan Zaid yang merupakan menteri belia dan sukan pentadbiran yang ditubuhkan oleh Iran yang disokong pemberontak Huthi dan tidak diiktiraf antarabangsa, mencadangkan agar guru dan pelajar dibekalkan senjata. 

“Bukankah kita dapat memperkuat pangkat dengan ratusan ribu (pejuang) dan memenangi pertempuran?” tulisnya dalam posting di Facebook. 

Yaman berada dalam kancah peperangan dengan perang antara pemberontak Huthi, yang mengawal ibu negara itu Sanaa, dan kerajaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi yang diiktiraf antarabangsa dan mendapat sokongan pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi.

Guru di kawasan pemberontak melancarkan mogok, berikutan bayaran gaji yang tertunggak hampir setahun, menangguhkan permulaan sesi persekolahan selama dua minggu.

Apabila sekolah dibuka pada Ahad, kebanyakan kelas kosong.

Pengguna media sosial berang dengan kenyataan menteri itu.

“Bagaimana kalau kita biarkan pelajar meneruskan pelajaran dan menghantar para menteri dan pengawal mereka ke medan perang,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Ia akan memberikan kita kemenangan dan masa depan yang makmur.”

Zaid bagaimanapun mengkritik mereka yang merungut tentang cadangannya.

“Mereka menutup sekolah kerana mogok dan apabia kita fikir untuk mengambil kesempatan dalam situasi ini, mereka tersinggung,” katanya.

Unicef menganggarkan sebanyak 13,146 sekolah atau 78 peratus daripada keseluruhan sekolah di Yaman, dilanda masalah bayaran gaji, manakala hampir 500 sekolah musnah dalam konflik yang tercetus di negara itu, dijadikan tenpat perlindungan atau digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Lebih 8,650 orang terbunuh, termasuk lebih 1.550 kanak-kanak, sejak pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi menyertai peperangan Yaman pada 2015, hingga mencetuskan bencana kemanusiaan, menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Pertubuhan hak asasi manusia menyalahkan kedua-dua belah pihak merekrut tentera kanak-kanak. – AFP, 20 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen