DAP bohong mengenai kegagalan pinda MA63, kata Pemuda GPS


Desmond Davidson

Pemuda GPS menuduh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berbohong tentang kegagalan meluluskan pindaan Artikel 1 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Oktober, 2019.

BARISAN Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengkritik dua pemimpin DAP kerana “memutar belit fakta” ekoran kegagalan Pakatan Harapan (PH) meminda Artikel 1 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak, pada April lalu.

Mereka menuduh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berbohong tentang kegagalan meluluskan pindaan tersebut, seperti yang PH janjikan pada kempen PRU14.

Hanya 138 ahli Parlimen menyokong pindaan diluluskan, iaitu kurang 10 berbanding 148 undi yang diperlukan daripada 222 jumlah ahli Parlimen.

Ahli Parlimen GPS berkecuali mengundi selepas Putrajaya menolak usul mereka untuk memasukkan frasa “menurut Perjanjian Malaysia 1963” ke dalam pindaan Artikel 1 (2).

Kedua-dua pemimpin DAP itu cuba mengalih perhatian daripada kegagalan PH memenuhi janji-janji pilihan raya mereka.

“Usahlah berbohong,” menurut kenyatan bersama pemimpin Pemuda GPS iaitu Gerald Rentap dai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Snowdan Lawan dari Parti Rakyat Sarawak (PRS), Micheal Tiang dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Robert Ayu dari Parti Demokratik Progresif (PDP).

“DAP berbohong untuk tutup kegagalan mereka memenuhi janji pilihan raya.” – 29 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen