Akar umbi DAP gesa pemimpin bertegas dan pertahankan parti


Yeoh Cheong Ee Lee Chi Leong

Akar umbi DAP berasa parti mereka menjadi sasaran dengan beberapa siri kontroversi baru-baru ini dan yakin ia bukan satu kebetulan tetapi lebih kepada permainan kuasa politik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Oktober, 2019.

AHLI akar umbi DAP berasa parti mereka menjadi sasaran dengan beberapa kontroversi baru-baru ini dan mahu pemimpin mereka bertegas dan mula mempertahankannya.

Mereka juga memberitahu The Malaysian Insight serangan terhadap parti itu bukanlah satu kebetulan tetapi lebih kepada permainan kuasa politik.

Seorang veteran parti dari Klang berkata insiden baru-baru ini adalah sabotaj terhadap parti dari dalam Pakatan Harapan (PH) dan pihak luar.

“Anda boleh melihat selepas Kongres Maruah Melayu, banyak perkara berlaku secara berturut-turut. Pada mulanya semua orang mahu kerajaan baru buat yang terbaik, tetapi ia bukan sahaja tidak dicapai, sekarang pemimpin DAP mengalami masalah kerana mengkritik dasar kerajaan.

“Melihat keadaan secara keseluruhannya, nampak seperti ada tangan ghaib cuba membangkitkan kemarahan antara DAP dan parti komponen PH yang lain. Saya percaya kepimpinan parti dapat melihatnya juga,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mengenai sikap berdiam diri kepimpinan parti mengenai perkara ini, beliau berkata adalah sukar bagi ahli akar umbi untuk memberi penerangan kepada rakyat kerana pemimpin atasan tidak menjelaskan pendirian mereka, seolah-olah hanya mengikut sahaja.

“Saya fikir kepimpinan perlu duduk dan melakukan perbincangan mendalam dengan akar umbi, mengenai rancangan masa depan parti. Sehingga sekarang, nampaknya kurang komunikasi antara bahagian atas dan bawah,” katanya.

Sumber itu berkata ramai ahli parti lama sudah mula berasa kecewa dan berhenti menghadiri aktiviti parti.

“Bagi saya sendiri, saya menyertai parti selama hampir 20 tahun. Saya tetap percaya pada parti, tetapi saya merindukan era Karpal Singh,” katanya merujuk kepada peguam bela yang terkenal dan ahli Parlimen Jelutong, yang juga dikenali sebagai “Harimau Jelutong”.

Golongan akar umbi sedar DAP terkepung dari semua arah, tetapi mereka berasa kepimpinan parti perlu mengawal dan membawanya keluar daripada masalah.

Seorang pemimpin akar umbi di Selangor berkata, kontroversi baru-baru ini memberi kesan kepada parti dari atas hingga ke bawah, dan percaya parti itu dijadikan kambing hitam untuk menggembirakan kaum tertentu. – 26 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen