Pemimpin perlu bertegas terhadap retorik perkauman, kata Ambiga


Ragananthini Vethasalam Bede Hong

Ambiga Sreenevasan berharap para pemimpin yang dipilih menunjukkan keberanian ketika berdepan retorik perkauman dan agama yang semakin menular melalui pelbagai medium. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 25 Oktober, 2019.

RAKYAT Malaysia mahu pemimpin mempertahankan mereka daripada retorik perkauman, kata peguam dan aktivis Ambiga Sreenivasan.

Bercakap di forum perdana “Whither Maruah Malaysia 2.0” hari ini, beliau berharap para pemimpin yang dipilih menunjukkan keberanian ketika berdepan retorik perkauman dan agama yang semakin menular melalui pelbagai medium.

“Apabila anda mempunyai retorik perkauman dan agama ekstrem yang dilihat mengambil tempat, apa yang kita harapkan pemimpin kita lakukan?” soalnya.

“Saya mengharapkan pemimpin kita menunjukkan keberanian. Saya menjangkakan pemimpin kita benar-benar bertegas dan mengatakan retorik ini tidak dapat diterima,” katanya kepada 200 orang yang hadir pada forum itu.

“Biar saya beritahu anda semua, kerana kita telah sampai di peringkat di mana ucapan kebencian secara bebas dan disebarkan secara dalam talian dan tentu saja kita mempunyai cabaran baru iaitu media sosial,” tambahnya.

Ambiga juga mengulangi gesaan mengadakan jawatankuasa dwipartisan mengenai hubungan kaum ditubuhkan.

 Forum itu dianjurkan sebagai respons kepada Kongres Melayu Melayu yang diadakan bulan lepas. – 25 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen