Najib desak tandatangan perjanjian 1MDB-PetroSaudi, kata saksi


Bede Hong Timothy Achariam

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata pada 28 September 2009 beliau digesa untuk meterai perjanjian meskipun ia akan mendatangkan hutang sebanyak AS$700 juta kepada 1MDB. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 24 Oktober, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak mendesak supaya usaha sama 1MDB-PetroSaudi International ditandatangani pada penghujung September 2009.

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu mahkamah, pada 28 September 2009 beliau digesa untuk meterai perjanjian meskipun terdapat satu klausa akan mendatangkan hutang sebanyak AS$700 juta (RM2.9 billion) kepada entiti itu.

Shahrol ketika disoal balas peguan bela utama, Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau didesak oleh Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang bertindak sebagai perantara 1MDB, dan pengarah eksekutif 1MDB Casey Tang.

“Pada masa itu saya terima banyak tekanan supaya meterai perjanjian. Jho Low dan Casey meyakinkan saya yang ia OK, dan Jho Low tegaskan yang bos (Najib) memang mahu ia dilakukan,” kata Shahrol.

“Jadi saya ambil keputusan untuk mengikut apa yang saya lihat sebagai arahan dari Datuk Seri Najib dan tandatangani perjanjian itu.”

“Saya percaya ia akan berjaya kerana Jho Low uruskan butirannya dengan Tang, dan Najib tahu mengenainya.”

Shahrol berkata beliau tidak memaklumkan lembaga pengarah 1MDB tentang klausa perjanjian yang akan menyebabkan entiti itu menanggung hutang.

Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan menyalah guna kuasa untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion dari 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram bagi jumlah sama. – 24 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.            


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen