MASwings batal naik harga tiket di Sarawak


Desmond Davidson

MASwings membatalkan rancangan kenaikan harga tiket untuk laluan Miri-Bario selepas mendapat bantahan pemain industri pelancongan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Oktober, 2019.

MASWINGS membatalkan rancangan untuk melaksanakan kenaikan mendadak harga tiket kepada pelancong asing bagi laluan pendalaman Sarawak, kata menteri negeri itu.

Kenaikan itu pada mulanya dijadual berlaku pada 1 November ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Lee Kim Shin berkata Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Aminuddin Zakaria dalam teks mesej kepadanya malam tadi berkata tambang baharu itu tidak akan dilaksanakan susulan kecaman hebat industri pelancongan yang mendakwa ia “membunuh industri”.

Lee yang menyifatkan kadar baharu itu sebagai “tidak rasional” berkata MASwings akan mengeluarkan pekeliling pembatalan rancangan itu pada Jumaat ini kepada semua agen tiket dan pelancongan. 

MASwings adalah anak syarikat Malaysia Airlines Bhd (MAS).

“Kita akan teruskan dengan tambang sebelum ini,” kata Lee yang membacakan mesej Aminuddin pada sidang media di Pending, Sarawak hari ini.

“Mereka (MASwings) tak akan teruskan tambah baharu,” katanya lagi.

Tambang baharu untuk pelancong asing mencecah RM1,037 bagi tiket pergi balik laluan Miri-Bario di Kelabit membimbangkan pemain pelancongan.

Hampir 33 penyedia inapan keluarga meluahkan kebimbangan yang mereka terpaksa menutup perniagaan jika kenaikan mendadak itu mengurangkan jumlah kehadiran pelancong.

Tambang harga baru untuk warga Malaysia adalah RM946.

Presiden Rurum Kelabit Phipi Raja dilaporkan berkata tambang baharu itu “mencekik dan melemaskan” penyedia inapan.

“Ia akan membunuh industri pelancongan di Bario,” tambahnya. – 23 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen