DNA politik DAP ala Ronnie Liu mesti didisiplinkan


KITA semua maklum, dalam amalan politik di Malaysia, akan ada segelintir politikus yang melampau, kurang ajar dan biadap.

Apabila Ronnie Liu menyanggah Perdana Menteri dan Bersatu—kononnya mereka boleh memimpin Malaysia tanpa kehadiran Bersatu, itu sudah terlampau bengong dan kurang masak fikirannya.

Pemimpin kerajaan pemerintah mesti ada disiplin dari semua sudut, terutamanya tindak-tanduk dan kata-kata.

DAP perlu ketatkan disiplin parti. Jangan berlebihan menyanggah Perdana Menteri dan menghina parti lain dalam Pakatan.

Individu seperti Ronnie Liu perlu diberikan kesedaran keras dan segera bahawa DAP berada di koridor kuasa kerana kerjasama politik yang ada.  Hakikatnya, imej DAP masih belum jernih.

Beberapa kesilapan DAP mutakhir ini juga menjejaskan kredibiliti Kerajaan. Kes komik propaganda China dan isu LTTE boleh jadi contoh.

Betul sangat amaran Syed Saddiq dan Armada: pemimpin utama DAP mesti tampil beri kenyataan dan mengajak pimpinan dan ahli DAP balik kepada muafakat dan harmoni Pakatan Harapan. – 23 Oktober, 2019.

* Saiful Adli Mohd Arshad ialah peguam Bersatu Perak


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen