AirAsia tolak pemintaan Mavcom dapatkan dokumen kesesakan klia2


Pihak AirAsia mendakwa Mavcom tidak menjalankan tanggungjawab sewajarnya untuk mengatasi masalah kesesakan imegresen di klia2. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Oktober, 2019.

AIRASIA menolak permohonan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk mendapatkan butiran dokumentasi kesesakan di kaunter imigresen klia2 baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata menjadi tanggungjawab Mavcom menyiasat perkara itu kerana suruhanjaya dibiayai oleh rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat hari ini mempersoalkan keperluan pihaknya membuktikan kesesakan di kaunter imigresen kerana insiden itu sudah diketengahkan dalam laporan berita dan media sosial.

“Kenapa kita perlu memberikan bukti sedangkan isu itu sudah disiarkan dalam berita dan platform media sosial? Ini hanya membuktikan ketidakgiatan, sikap tidak acuh dan tidak peduli terang-terangan Mavcom terhadap tanggungjawabnya dalam melindungi hak pengguna penerbangan.

“Ia hanya memerlukan pegawai Mavcom beberapa jam dari pejabat KL Sentral mereka untuk lawatan segera ke klia2 untuk melihat sendiri betapa teruknya situasi di kaunter imigresen semasa waktu puncak. Mereka boleh datang pada mana-mana hari kerana ia adalah kejadian harian dan bukan kejadian terpencil seperti didakwa.

“Tiada seorang pun dari Mavcom, termasuk pengerusi eksekutifnya, pernah melawat RedQ di ibu pejabat AirAsia yang terletak bersebelahan dengan klia2, ketika kami mempunyai ramai pelawat, termasuk pengawal selia asing dan pembuat dasar, yang ingin lebih memahami model syarikat penerbangan kos rendah kami (LCC). – 22 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen