DI atas kertas, bekas pentadbiran Najib Razak telah berjanji untuk mewujudkan kira-kira tiga juta pekerjaan baharu tetapi pada hakikatnya hanya 60% pekerjaan yang wujud diambil oleh warga asing yang tidak peduli dengan gaji rendah.
Di atas kertas, Malaysia menyasarkan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tetapi 60% daripada isi rumahnya masih memerlukan bantuan kerajaan bagi memenuhi keperluan.
Ini adalah antara kegagalan agenda ekonomi pentadbiran Najib yang mana kerajaan kini tidak mahu mengulanginya lagi menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, kata golongan penyelidik Institut Masa Depan Malaysia (MASA) yang bersama-sama mencadang dan membangunkan visi berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Masa M Nizam Mashar memberitahu The Malaysian Insight, satu masalah dengan Program Transformasi Negara (NTP) pada pentadbiran Najib adalah obsesinya dengan statistik menarik perhatian.
Apa yang gagal dilakukan oleh bekas pentadbiran terdahulu adalah mengukur dengan tepat hasil polisi mereka terhadap rakyat biasa.
Nizam berkata, ini salah satu sebab mengapa NTP melangkau sasarannya walaupun berbilion ringgit dihabiskan dalam program untuk membantu meningkatkan pendapatan usahawan, menyediakan perumahan mampu milik dan menjana pekerjaan bergaji tinggi.
“Mereka lebih menumpukan kepada hasil pengeluaran dan bukan fokus kepada akibat.
“Mereka menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) manakala kami mahu menggunakan Petunjuk Keberhasilan Utama (KRI),” katanya kepada The Malaysian Insight.
NTP adalah rancangan ekonomi Najib untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Ia mempunyai dua perkara iaitu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Contoh lain Nizam menggambarkan bagaimana pentadbiran memanipulasi hasil pengeluaran dasar mereka apabila program tersebut tidak menunjukkan hasil yang menggalakkan.
Pihak perancang perumahan bandar memberitahunya bahawa unit perumahan PPR yang dibina untuk golongan berpendapatan rendah di Lembah Klang hanya mempunyai kadar pengambilan kira-kira 14 hingga 20%, bermakna kebanyakan golongan B40 membeli unit tersebut.
“Jadi dari mengubah program untuk mendapatkan hasil yang diperlukan mereka menukar KPI dari kadar pengambilan ke menilai tawaran.
“Dan dengan serta merta angka itu meningkat sehingga 140% tetapi mereka tidak dapat menyelesaikan masalah golongan B40 yang masih berusaha untuk memiliki rumah,” katanya.
WKB2030 dilancarkan pada 5 Oktober oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan merupakan pelan ekonomi dalam tempoh 10 tahun oleh Pakatan Harapan.
Tiga matlamatnya adalah untuk menstruktur ekonomi, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta membina negara bersatu dan makmur.
Dalam tempoh 10 tahun WKB2030 menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan kumpulan B40 kepada tidak kurang dari RM5,800 sebulan.
Mereka juga mahu menjadikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro sebagai pemacu utama ekonomi dengan meningkatkan sumbangan mereka kepada keluaran dalam negara kasar dari 20% hingga 50%.
Prinsip WKB2030 menyatakan bahawa ia akan mencapai sasaran itu melalui tujuh teras strategik termasuk penyusunan semula ekosistem perniagaan dan industri, meningkatkan aktiviti pertumbuhan ekonomi utama serta membangunkan modal insan. – 22 Oktober, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen