Najib minta 'bincang dengan Jho Low' berhubung kehilangan AS$1 bilion, kata saksi 


Bede Hong Timothy Achariam

Peguam bela yang mewakili bekas perdana menteri Najib Razak meneruskan untuk menyoal salah seorang CEO 1Malaysia Development Berhad.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Oktober, 2019.

NAJIB Razak memberitahu bekas CEO 1MDB untuk bercakap dengan ahli perniagaan yang kini dalam pelarian, Low Taek Jho ketika ditanya mengenai dana awam berjumlah AS$1 bilion yang tidak dapat diambil kira susulan kegagalan perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi International, mahkamah tinggi didengar hari ini.

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, beliau mengajukan kebimbangan lembaga pengarah mengenai kehilangan wang selepas perjanjian 2009.

“Pada satu majlis, saya tidak ingat tarikh sebenar, pada 2011 atau 2012, ketika saya hadir hanya untuk luangkan masa bersama beliau pada acara CSR (tanggungjawab sosial korporat) dan saya bertanya Najib mengenai pengambilan semula AS$1 bilion.

“Dan jawapannya adalah, ‘bincang dengan Jho (Low)’,” kata Shahrol ketika diperiksa balas oleh peguam bela Muhammad Shafee Abdullah.

Najib, 66, dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa untuk memperkayakan dirinya dengan RM2.3 bilion dari 1MDB dan 21 pertuduhan penguahan wang haram dengan jumlah yang sama.

Pihak pendakwaan menuduh Najib berkomplot dengan Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low, untuk menipu syarikat pelaburan negara.

Ketika pemeriksaan balas hari ini, Shahrol mengulangi bahawa perjanjian usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International untuk melabur dalam sektor tenaga di Amerika Selatan dan lokasi lain, ditandatangani pada 25 September, 2009.

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi diperiksa balas oleh peguam bela Muhammad Shafee Abdullah untuk hari ke lapan hari ini.  – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Oktober, 2019.

Shahrol memberi keterangan bahawa beliau menandatanganinya bagi pihak 1MDB bersama rakan sejawatnya dari PetroSaudi, Tarek Obaid. Kedua-dua mereka menandatanganinya secara berasingan di negara masing-masing, kata saksi.

Shahrol memberitahu mahkamah, walaupun digesa untuk mempercepatkannya kerana menjangkakan lawatan negara oleh putera mahkota Arab Saudi, yang akan menyaksikan majlis tandatangan itu, namun tiada apa yang berlaku.

Daripada AS$1 bilion dana 1MDB yang sepatutnya disuntik ke dalam usaha sama syarikat berkenaan, AS$300 juta disalurkan ke JP Morgan (Suisse) SA, yag memegang akaun bank bersama yang dibuka 1MDB bersama PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd di bawah nama JVCo.

Baki AS$700 juta dimasukkan ke akaun milik Good Star Ltd, yang diwakili sebagai anak syarikat PetroSaudi International tetapi kemudian didedahkan ia merupakan sebuah syarikat yang dikawal oleh Low.

Shahrol memberitahu mahkamah bahawa beliau bertindak dengan “niat yang baik” walaupun menerima arahan daripada Low, yang bukan ahli lembaga pengarah. Saksi berusia 49 tahun itu juga berkata, beliau bekerja bekerja dalam lapisan (work in silo) dan “tidak digalakkan untuk mengambil tahu perkara lain”. – 21 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen