Seorang lagi ahli parti Warisan ditahan SPRM


Jason Santos

SPRM setakat ini sudah menahan naib presiden Warisan Peter Anthony dan ketua pemudanya Aziz Jamman untuk siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana persekutuan RM1.5 bilion di Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Oktober, 2017.

SEORANG lagi ahli Parti Warisan Sabah ditahan hari ini walaupun pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil presiden parti itu Shafie Apdal untuk disoal siasat. 

Penasihat undang-undang Warisan Noorazmi Alimat berkata, wakil media parti itu, Amarjit Singh ditahan kira-kira jam 3 petang hari ini.

“Saya menemaninya ke pejabat SPRM pagi ini sebelum jam 10 pagi.

“SPRM baru menghubungi saya untuk mengesahkan penahanan itu,” kata Noorazmi.

SPRM setakat ini sudah menahan naib presiden Warisan Peter Anthony dan ketua pemudanya Aziz Jamman untuk siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana persekutuan RM1.5 bilion yang diperuntukkan kepada projek luar bandar Sabah. – 19 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen