Polis Bangladesh tembak mati 4 penunjuk perasaan


Polis berkata mereka terpaksa melepaskan tembakan sebagai mempertahankan diri apabila penunjuk perasaan mula melontarkan batu ke arah mereka. – Gambar EPA, 20 Oktober, 2019.

SEKURANG-kurangnya empat orang maut dan hampir 50 orang cedera ditembak polis ketika ribuan penunjuk perasaan Bangladesh membantah tindakan seorang penganut Hindu menghina Nabi Muhammad menerusi Facebook.

Kira-kira 2,000 penganut Islam mengadakan bantahan di pekan Borhanuddin dekat pulau Bhola bagi mendesak pihak berkuasa menghukum lelaki Hindu itu yang ditahan semalam.

Polis berkata mereka terpaksa melepaskan tembakan sebagai mempertahankan diri apabila penunjuk perasaan mula melontarkan batu ke arah mereka.

Susulan kejadian itu, polis mengerahkan anggota tambahan ke pekan itu.

Angka kematian dijangka meningkat apabila tujuh mangsa yang cedera dikatakan dalam keadaan kritikal.

Bangladesh sering dilanda kes rusuhan kaum dan agama ekoran penghinaan yang dibuka secara terbuka antara satu sama lain. – AFP,  20 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen