MTUC bidas menteri kerana mungkir janji 


Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran didakwa mungkir janji untuk bincang dengan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan berhubung pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.– Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Oktober, 2019

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendakwa M. Kulasegaran memungkiri janji untuk berbincang dengan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) cadangan untuk meminda Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 117).

Menurutnya kementerian sumber manusia mengambil pendekatan yang sangat angkuh dalam menangani aduan MTUC.

“Beliau enggan membenarkan NLAC untuk berbincang dan mencapai penyelesaian bersama berhubung pindaan yang dicadangkan untuk Akta Perhubungan Perusahaan sebelum membentangkannya di Parlimen,” kata MTUC dalam satu kenyataan hari ini.

MTUC berkata, Kula telah berjanji pada mesyuarat NLAC bahawa pihaknya akan dirujuk berhubung perubahan undang-undang buruh.

“Beliau tidak membenarkan NLAC untuk berbincang dan mencapai persetujuan bersama berhubung pindaan Akta 117 malah mendakwa kementeriannya telah bertemu MTUC dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), dua konstituen utama NLAC adalah palsu dan mengelirukan,” tambahnya.

MTUC berkata pihaknya kesal kerana Kula dengan mudah melupakan ikrarnya untuk NLAC dan jawatankuasa teknikalnya membincangkan pindaan yang dicadangkan dan mencapai persetujuan sebelum perubahan itu diserahkan kepada parlimen.

“Sehingga kini, menteri juga gagal menjawab soalan mudah MTUC: berapa banyak mesyuarat NLAC yang dipengerusikan olehnya atau pegawainya secara khusus telah membincangkan cadangan pindaan kepada Akta 117 atau Akta Kesatuan Sekerja dan Akta Pekerjaan,” katanya. – 20 Oktober, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen