Bangunan runtuh di Brazil, 9 disahkan maut


Bangunan kediaman tujuh tingkat di kejiranan mewah di Fortaleza di Cearah runtuh pada Selasa lalu menyebabkan sembilan maut. – Gambar EPA, 20 Oktober, 2019.

JUMLAH angka kematian akibat runtuhan bangunan apartment di timur laut Brazil mencecah sembilan orang semalam selepas mayat terakhir yang hilang ditemui, kata seorang pegawai.

Tujuh orang mangsa yang terperangkap berjaya diselamatkan dari serpihan bangunan kediaman tujuh tingkat di kejiranan mewah di Fortaleza di Ceara selepas ia runtuh pada Selasa.

Jurucakap jabatan keselamatan awam Ceara memberitahu AFP, polis masih menyaisat punca kejadian itu dan mengesahkan sembilan orang telah meninggal dunia.

Dalam laporan berita G1, mdenara itu didapati telah dibina secara haram

Bangunan runtuh di Brazil cenderung berlaku di kawasan kejiranan golongan miskin dikenali sebagai “favelas” di mana pembinaan haram dilakukan secara berleluasa.

Pada April 24 orang terbunuh apabila dua bangunan di Rio de Janeiro runtuh selepas beberapa hari hujan lebat berlaku. – AFP, 20 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen