PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu memuji perkembangan positif dalam hubungan dua hala antara Turki dan Afrika, lapor agensi berita Anadolu.
“Hasil daripada usaha kami, hubungan Turki-Afrika berjaya diperluaskan ke satu tahap yang tidak disangka sama sekali berbanding 15 tahun lalu,” katanya semasa berucap pada sidang kemuncak Pemimpin Agama Islam ketiga di Istanbul.
“Jumlah kedutaan Turki di benua Afrika juga bertambah dari 12 hingga 42,” kata Erdogan.
Erdogan berkata seramai 10,480 pelajar Afrika yang lulus dari universiti Turki kini berkhidmat di negara mereka sebagai “duta damai”. – Bernama, 19 Oktober, 2019.
Komen