Parlimen Ukraine lulus bacaan kali pertama bajet 2020


Kelulusan bajet diperlukan untuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi pinjaman baharu kepada negara Eropah timur itu. – Gambar AFP, 19 Oktober, 2019.

PARLIMEN Ukraine meluluskan bacaan kali pertama bajet 2020, memetik laman web parlimen pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.

Bajet kali ini memperuntukkan sejumlah 1.079 trilion Hryvnia (US$43 bilion) dan perbelanjaan sebanyak 1.17 trilion Hryvnia (US$47 bilion).

Perdana Menteri Oleksiy Honcharuk berkata selepas ini kerajaan akan meneruskan pembentangan untuk bacaan kali kedua. 

“Kini pihak kami sedang menyiapkan ramalan makro untuk tahun depan,” katanya.

Kelulusan bajet diperlukan untuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi pinjaman baharu kepada negara Eropah timur itu.

Bajet 2020 meramalkan defisit menyumbang 2.09 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, pertumbuhan ekonomi 3.3 peratus dan kadar inflasi enam peratus. – Bernama, 19 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen