TAHANAN bawah Akta Pencegahan Keganasan (Pota), Yazid Sufaat mungkin dibebaskan semula daripada penjara pada bulan depan apabila tempoh tahannya berakhir, menurut satu laporan.
Perkara itu bagaimanapun masih belum diputuskan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay.
Perintah itu juga mungkin dilanjutkan bergantung kepada keputusan Lembaga Pencegahan Keganasan, katanya lagi dalam satu laporan The Straits Times.
“Keputusan akhir untuk membebaskan beliau belum dibuat oleh Lembaga Pencegahan Keganasan, tetapi tempoh tahanannya akan berakhir pada November.
“Sama ada perintah tahan itu akan dilanjutkan, keputusan itu akan dibuat sebelum tarikh pembebasan yang dijangka,” katanya dalam laporan itu.
Yazid, dipenjara mengikut Pota pada 2017. Ia merupakan hukuman penjara kali ketiga yang dijalaninya sejak 17 tahun lalu.
Beliau dikaitkan dengan pengganas Al-Qaeda dan serangan 9/11 ke atas Amerika Syarikat. – 19 Oktober, 2019.
Komen