Suspek tiga serangan tembak yang menyebabkan tiga terbunuh ditahan


Anggota polis ditempatkan di kawasan sekolah di Maryland sejurus selepas operasi memburu susek tembakan dilancarkan. – Gambar EPA, 19 Oktober, 2017.

POLIS menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh tiga orang dan mencederakan dua yang lain dalam kejadian tembakan di Maryland Business Park sebelum menembak seorang lagi di kejiranan Delaware. 

Radee Prince, 37 ditahan ketika melarikan diri dengan berjalan kaki di Delaware selepas operasi memburu suspek dilancarkan menyebabkan sekolah tempatan di Maryland terpaksa ditutup.

Polis berkata serangan tembakan ke atas Amerika Syarikat merupakan serangan yang “mempunyai sasaran”.

“Pada 7.05 malamm, suspek ditahan polis selepas berlaku kejar mengejar,” kata Ketua Polis Delaware Robert Tracy pada sidang media yang disiarkan teevisyen tempatan.

Prince memiliki senjata api .380 kaliber ketika ditahan - kaliber yang sama digunakan dalam insiden tembakan itu, namun ujian balistik masil perlu dijalankan bagi menentukan sama ada ia senjata yang sama, kata Tracy. 

Ketua polis berkenaan pada awalnya memberitahu wartawan bahawa Prince merupakan individu yang berbahaya. Individu ini telah menembak enam orang dalam satu hari dalam serangan yang bukan serangan rambang. 

Polis turut menyiasat sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan dua lagi insiden di Edgewood, Maryland dan satu lagi insiden di Wilmington, menurut kenyataan polis.

Syerif Harford County Jeffrey Gahler berkata, tiga orang maut dalam insiden pertama yang berlaku sebelum jam 9 pagi.

Beliau mengesahkan pistol digunakan dalam serangan itu dan dua mangsa dikejarkan ke pusat trauma dalam keadaan parah. 

Gahler berkata Prince turut dikaitkan dengan syarikat, Advanced Grante Solutions, di mana insiden tembakan itu berlaku, berhampiran Baltimore. – AFP, 19 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen