Demokrat mahu halang rancangan Trump anjur Sidang G7


Presiden AS Donald Trump bercadang untuk menganjurkan Sidang Kemuncak G7 di resort golf miliknya di Florida, Jun tahun depan. – Gambar AFP, 19 Oktober, 2019.

KONGRES Demokrat pada Jumaat memperkenalkan akta untuk menghalang rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menganjurkan Sidang Kemuncak G7 di resort golf miliknya di Florida.

Ahli-ahli parlimen berkata akta “Trump’s Heist Undermines the G-7 (THUG)” akan menyekat semua dana kerajaan untuk menganjurkan sidang pertemuan pemimpin-pemimpin tujuh kuasa ekonomi terbesar dunia di Trump National Doral Golf Club di Miami, Jun tahun depan.

Di bawah akta itu juga, Rumah Putih perlu mengemukakan semua dokumen berkaitan keputusan pegawai kerajaan terhadap rancangan Trump itu.

“Jangkaan bahawa pentadbiran Trump akan mengenepikan Perlembagaan untuk menganjurkan Sidang Kemuncak G7 untuk menaikkan salah satu hartanah yang gagal milik presiden begitu membimbangkan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Bennie Thompson dalam satu kenyataan. – AFP, 19 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen