Mexico mengaku lepaskan anak El Chapo kerana operasi gagal


Pertempuran pada Khamis itu menjadikan bandar Cualican di Mexico seperti berada dalam perang. – Gambar EPA, 19 Oktober, 2019.

PENTADBIRAN Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador diselar ekoran tindakan pasukan keselamatan melepaskan anak lelaki raja dadah Joaquin “El Chapo” Guzman selepas ditahan pada Khamis.

Sambil mengakui polis menjalankan operasi “yang tidak dirancang rapi”, Menteri Pertahanan Luis Sandoval berkata Ovidio Guzman terpaksa dilepaskan selepas pasukan keselamatan tidak dapat mengawal pertempuran sengit dengan anggota kartel anak El Chapo itu.

“Operasi dirancang dengan teruk,” kata Sandoval pada sidang media di Cualican. Pertempuran pada Khamis itu menjadikan bandar yang mempunyai 750,000 penduduk itu seperti berada dalam perang.

“Pasukan keselamatan tergesa-gesa bertindak.”

Guzman, 28, adalah salah seorang daripada sembilan anak El Chapo, daripada tiga isteri.

Menurut pegawai selepas mesyuarat tergempar Kabinet di Cualican semalam, pertempuran selama enam jam itu menyebabkan seorang orang awam dan tiga anggota tentera maut, manakala tiga anggota polis cedera. – AFP, 19 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen